Alhamdullilah, syukur kepada Allah atas limpah kurniaNya jua kelulusan penubuhan Persatuan Penduduk Bukit Damar Dengkil (PPBDD) telah diluluskan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia.
Penghargaan perlu diberikan kepada Setiausaha persatuan yang telah berusaha dan berjaya mendaftarkan PPBDD selangkah kehadapan sebagai persatuan yang sah. Semoga persatuan dapat melaksanakan peranannya untuk menjadikan sebuah komuniti yang berkembang sihat sejajar dengan pembangunan di kawasan sekitarnya.